Aktiviti & Komuniti

Semai Semangat Kesukanan dan Berpasukan Pada Generasi Educare

PUTRAJAYA – Peribahasa, ‘lentur buluh dari rebungnya’ adalah bertepatan dengan Majlis Hari Sukan Generasi Educare yang berlangsung dengan jayanya di Padang Kompleks Kejiranan Presint 9 pada Sabtu (16 Jun) lalu.

Majlis anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya ini diadakan sebagai acara tahunan bagi memupuk semangat kesukanan dikalangan generasi muda selain dapat menyemai sifat bekerjasama dan aktiviti berkumpulan dalam masyarakat.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki.