Aktiviti & Komuniti

‘Sembang-sembang’ Eratkan Hubungan Pemimpin dan Golongan Muda

PUTRAJAYA – Selaku pemimpin masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa, Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa dalam program santai ‘Sembang-sembang’ bersama para pengundi baru di kawasan tersebut.

Program tersebut dijalankan berlangsung spontan tanpa sebarang acara rasmi atau mengikut protokol bagi memastikan hubungan antara pemimpin tempatan dan rakyat khususnya golongan generasi muda dapat dieratkan.

Program yang berlangsung di Presint 16 pada Sabtu (16 Jun 2012) ini telah mendapat maklumbalas positif terutamanya dalam hubungan dua hala dan maklum balas langsung berkaitan sesuatu perkara selain pemimpin tempatan dapat menyelami dan mengetahui sendiri suara generasi muda.