Berita

Belia Diminta Bersama-sama Kerajaan Pertahankan Putrajaya

PUTRAJAYA – Masyarakat tempatan khususnya golongan belia diminta bersama-sama kerajaaan Barisan Nasional (BN) untuk memperteguh dan memastikan kesejahteraan, kelestarian dan pembangunan berlangsung lancar tanpa ada gangguan dari pihak luar.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian dalam memastikan generasi muda sentiasa berada di landasan yang betul dan memahami hasrat kerajaan dalam memastikan masa depan negara terus gemilang.

“Golongan muda ini adalah pemimpin di masa hadapan, justeru tentunya hasrat kerajaan perlu difahami dan memastikan tidak ada golongan yang menyimpang daripada tujuan utama pembangunan keseluruhan kerana ia hanya akan memporak-perandakan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Futsal, bola sepak dan bola jaring anjuran Persatuan Belia Putrajaya bersama dengan Pergerakan Pemuda UMNO tempatan di Stadium Pancarona, Sabtu (23 Jun).