Aktiviti & Komuniti

Kejohanan Balapan Dan Padang Bermula

PUTRAJAYA – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-2 tahun 2012, hari ini (18 Julai) yang berlangsung dengan jayanya di Padang Kompleks Sekolah Putrajaya P11(2).

Majlis perasmian kejohanan tersebut telah dilaksanakan oleh Pemangku Ketua Puteri Bahagian Putrajaya Puan Husna Abdul Rahman yang mewakili Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapannya, beliau telah memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada adik-adik SMAPutra, Putrajaya dan berharap agar acara sedemikian dapat diteruskan untuk masa akan datang.