Berita

Nur Ramadan Semarakkan Ketibaan Bulan Puasa

PUTRAJAYA – Menjelangnya ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak, UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan Program Nur Ramadan di Surau Al-Kauthar, Presint 18, sebagai sambutan bagi meraikan kedatangan bulan yang mulia di samping menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada 50 buah surau yang terdapat di sekitar ini.

Menerusi program tersebut, Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyerahkan wang berjumlah RM1,500 dan barangan keperluan untuk surau-surau di sekitar Putrajaya.

Sumbangan tersebut diberikan bagi kegunaan sebagai persediaan moreh selepas solat terawih yang akan berlangsung pada bulan Ramadan.
Program Nur Ramadan ini akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah yang kemudiannya akan diteruskan dengan bacaan surah yassin dan doa selamat dan solat Isyak.

Seterusnya sumbangan akan diberikan kepada semua wakil surau-surau di sekitar Putrajaya.