Berita

UMNO Putrajaya Anjur Program Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan

PUTRAJAYA – Umno Putrajaya menganjurkan program berbuka puasa bersama penduduk setempat setiap hari sepanjang Ramadan ini, dalam usaha mendekati dan mendengar masalah masyarakat.

Ketuanya yang juga Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berkata selain berbuka puasa bersama, Umno bahagian itu juga akan menghantar juadah berbuka ke rumah penduduk.

Program akan berlangsung hingga 23 Ramadan dan diharapkan menerusi program Maidatul Al-Rahman ini, kita akan dapat mendengar masalah penduduk selain beramah mesra dengan mereka, katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.
Beliau turut berbuka puasa bersama kira-kira 200 penduduk Putrajaya.