Aktiviti & Komuniti

Maidatul Rahman Dapat Sambutan Dari Pengunjung dan Masyarakat

PUTRAJAYA – Program Maidatul Rahman yang dimulakan sejak hari pertama Ramadan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengunjung dan warga Putrajaya hingga dianggarkan mencapai ke 600 pengunjung datang untuk bersama-sama berbuka puasa.

Sepanjang Ramadan ini, bahagian Putrajaya dimeriahkan dengan program berbuka puasa Maidatul Rahman anjuran UMNO Bahagian ini di Medan Selera Presint 8 berkonsepkan penyediaan juadah berbuka puasa secara percuma untuk penduduk yang secara tidak langsung bertujuan menolong fakir-fakir miskin dan juga golongan bekerja di sekitar kawasan terbabit.

Program ini penting untuk mengeratkan hubungan silaturrahim warga Putrajaya selain amalan gotong-royong dalam penyediaan juadah serta dapat menyemarakkan amalan bersedekah di samping tanda kesyukuran dan keinsafan atas rahmat-Nya.