Aktiviti & Komuniti

Indahnya Maidatul Rahman Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Program Maidatul Rahman yang berkonsepkan berbuka puasa beramai-ramai  mendapat sambutan bukan saja dari para penduduk setempat tetapi juga dari pengunjung sekitar Putrajaya yang gembira dengan juadah serta tempat yang selesa.

Program yang telah berlangsung sejak 1 Ramadhan ini akan berterusan hingga ke 23 Ramadhan di Medan Selera Presint 8 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengunjung dan warga Putrajaya sehingga pada satu-satu masa mencapai 600 orang yang datang untuk berbuka puasa bersama-sama.