Tunaikan Kewajipan Zakat Fitrah Lebih Awal
PUTRAJAYA – Kewajipan dalam melaksanakan tanggungjawab perlu dilunaskan seiring dengan bulan Ramadhan yang mana menjadi tuntutan ke atas setiap umat Islam adalah mengeluarkan zakat.
Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tersebut, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru para penduduk dan masyarakat Islam keseluruhannya untuk menunaikan kewajipan Rukun Islam keempat lebih awal.
“Apabila kita dapat menyempurnakan bayaran zakat lebih awal maka kita tidak perlu risau sekiranya pada saat-saat akhir Ramadan nanti sibuk dengan pelbagai urusan lain atau ada perkara-perkara yang tidak dijangka berlaku,” katanya.
Dalam hal ini, beliau turut menyempurnakan bayaran zakat di kaunter zakat yang dibuka di bazar Ramadan, Presint 2, Putrajaya.
Kadar bayaran zakat fitrah di Putrajaya ialah RM7.00 dan bayaran boleh dibuat dikaunter-kaunter zakat yang dibuka untuk kemudahan orang ramai.