Berita

Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan

PUTRAJAYA – Bersempena bulan kemerdekaan, Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Mengimarahkan Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan dengan dirasmikan oleh Datuk Azman Amin Hassan selaku Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Ogos lalu bertempat di Auditorium Ibnu Sina dan Dewan Ibnu Khaldun Masjid Putra, Putrajaya pada.

Dengan pelancaran kempen tersebut, warga Putrajaya dan para penduduk sekitar disaran agar bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan menghargai kemerdekaan negara yang bakal genap 55 tahun pada 31 Ogos ini.