Rencana

Bazar Ramadhan Putrajaya Sediakan Pelbagai Juadah

PUTRAJAYA – Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang menjadi antara sumber rezeki kepada para peniaga untuk menjual pelbagai juadah berbuka puasa khususnya di bazar Ramadhan yang dibuka sebagaimana di Presint 2, di sini.

Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa berkunjung ke bazar Ramadhan Presint 2 ini untuk meninjau keadaan sekitar selain beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung disekitar bazar tersebut pada 4 Ogos, (Sabtu).