Berita

Imarahkan Ramadhan Dengan Raikan Golongan Memerlukan

PUTRAJAYA – Mengambil keberkatan bulan Ramdahan, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian tersebut telah meraikan anak-anak istimewa dan anak-anak yatim dengan mengagihkan sumbangan kepada mereka.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyampaikan sumbangan beripa wang dan baucer membeli belah kepada 76 orang penerima.

Majlis sumbangan tersebut telah berlangsung di pusat membeli belah Alamanda pada 4 Ogos 2012 (Sabtu) dengan turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan pemangku Ketua Pergerakan Peteri UMNO, Puan Husna Abdul Rahaman.