Hargai Petugas Keselamatan Di Musim Perayaan
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor meraikan anggota polis dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas tanpa mengira masa termasuklah dalam musim perayaan.
Dalam majlis tersebut, Datuk Seri Utama TENGKU Adnan telah menyampaikan sumbangan kuih raya kepada para anggota polis yang tidak bercuti dan akan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri ini.
Sumbangan tersebut telah disampaikan tersu kepada YDH DCP Datuk Mohamad Salleh selaku Ketua Polis Kuala Lumpur dan IPD Putrajaya pada 9 Ogos 2012 (Khamis).