Berita

Pelancong China Kagumi Keindahan Putrajaya

PUTRAJAYA – Seramai 2,200 pelancong yang terdiri dari para pengusaha dan ahli perniagaan berjaya Negara China telah menyatakan rasa kagum dan teruja melihat keindahan Putrajaya sebagai sebuah bandar terancang yang mempunyai pelbagai frasarana dan kemudahan lengkap untuk para penduduk dan pengunjung.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meraikan kunjungan para pelancong yang dibawa khusus oleh Sun Flower Holiday ke Malaysia. Lawatan ke sekitar Putrajaya telah berlangsung pada 11 Ogos 2012 (Sabtu).