Berita

OKU & Golongan Tidak Berkemampuan Dapat Pembelaan Menjelang Hari Raya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 400 penerima yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan terbabit khususnya orang kurang upaya (OKU), anak-anak yatim, ibu tunggal dan bapa tunggal serta warga emas.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan meriah di pada 12 Ogos 2012 bersamaan 23 Ramadhan (Ahad) di Medan Selera, Presint 8.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah 2,500 orang para penduduk tempatan dan pengunjung Putrajaya yang bersama-sama berbuka puasa dalam program terakhir Maidatul Rahman di sini.