Berita

Kesesakan Putrajaya Ditangani Untuk Keselesaan Penduduk

PUTRAJAYA – Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, kesesakan amat ketara yang berlaku setiap hari apabila tiba dua waktu puncak iaitu pagi dan petang akan selesai apabila a ditangani dengan menaik taraf system kawalan trafik berkomputer.

Kira-kira 75,000 kenderaan memasuki pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan ketika waktu puncak pada hari bekerja.

Kesesakan tersebut ekoran terdapat hampir 150,000 orang berada di Putrajaya dalam satu-satu masa dengan separuh daripadanya tinggal di kawasan sekitar, manakala sebahagian lagi penjawat awam yang tinggal di luar Putrajaya.

Beliau berkata, 10 lokasi dikenal pasti sebagai kawasan yang paling kerap berlaku kesesakan dan beberapa perancangan telah difikirkan untuk mengatasi masalah tersebut.

“PPj telah mengambil keputusan untuk menaik taraf system kawalan trafik berkomputer yang sebelum ini telah pun digunakan, ia akan dikawal oleh pegawai bertugas di ibu pejabat PPj,” katanya.

Jelasnya, beliau juga akan meminta pandangan semua pihak termasuk pemandu bas sendiri untuk mendapatkan cadangan mengenai usaha penjenamaan yang perlu dilakukan.