Aktiviti & KomunitiBerita

Puteri UMNO Perteguh Ikatan, Semarak Perjuangan

PUTRAJAYA – Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang diadakan pada 28 Ogos 2012 (Selasa) memetrai janji setia untuk terus menyemarakkan perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara.

Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya ini berlangsung dengan jayanya dan upacara perasmiannya disempurnakan Datuk Haji Nordin Hassan selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Turut hadir pemerhati Negeri HazarinaNordin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa; Pemerhati Bahagian Encik Mohd Yusof Endut, Encik Hasnul harun dan Encik Abd Mutalib Abd Rahman.