Wanita UMNO Gembling Tenaga Perkukuh Parti
PUTRAJAYA – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya sepakat untuk terus mengembling tenaga untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional melalui gerak kerja pandu sebagaimana perjuangan parti yang ditejemahkan dalam mesyuarat bahagiannya.
Mesyuarat tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Khairudin Samad selaku Timbalan Ketua merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya bertempat di . Dewan SMK Presint 18(1) pada 28 Ogos 2012 (Selasa).
Turut hadir sebagai pemerhati Negeri, Puan Zaleha Najmudin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak serta pemerhati dari bahagian Encik Abu Hasan Mikon, Encik Shaari Hamid dan Encik Azman Ahmad.