Aktiviti & Komuniti

Kelilingi Putrajaya Dengan Cruise Menarik

PUTRAJAYA – Tasik Putrayaja akan didalamkan bagi membolehkan cruise tasik itu menawarkan perkhidmatan mengelilingi sepenuhnya kawasan pentadbiran itu kepada orang ramai.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat berkata kerja-kerja itu disasar bermula pertengahan November depan dan dijangka siap kira-kira enam bulan.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan berusaha agar cruise bot persiaran penumpang boleh mula menawarkan perkhidmatan pusingan penuh tasik itu seawal Jan depan, membabitkan jarak perjalanan kira-kira 10.4km.

Menurutnya ketika ini bot-bot persiaran hanya dapat membuat perjalanan kira-kira 5.7km, sebelum ia berpatah balik kerana air di laluan selebihnya semakin cetek.

Tender untuk projek tersebut akan ditawarkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH) selaku pemaju utama pembangunan bandar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya.