Ucapan

Selamat Hari Malaysia, Sematkan Patrotisme Untuk Negara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh
Salam 1Malaysia

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun adalah untuk memperingati sejarah penubuhan persekutuan Malaysia kerana pada tarikh tersebut tahun 1963, terbentuknya permuafakatan dalam satu kesatuan bagi melahirkan hasrat sebagai satu negara bangsa yang berdaulat.

Dalam arena politik, tentunya rakyat tidak lupa peristiwa 16 September empat tahun lalu yang menujukkan bagaimana cubaan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang sah dengan pelbagai spekulasi dan propaganda negatif.

Pakatan pembangkang cukup ghairah melaksanakan sandiwara bagi menjayakan hasrat mereka tetapi realiti masyarakat Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian enggan diperbodoh apatah lagi dalam mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kesejahteraan negara.

Lantaran itu, Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang kita akan mempertahankan bukan sekadar soal menang atau kalah tetapi soal survival orang Melayu dan tanah air kita di masa hadapan.

Justeru, sematkanlah semangat patriotisme demi mempertahankan kedaulatan negara, menolak petualang yang mahu meruntuhkan kesejahteraan dan keamanan lantas kita memperteguh semangat ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi agama, bangsa dan tanah air.

Selamat Hari Malaysia

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
(Ketua Bahagian merangkap Ahli Parlimen Putrajaya)