Aktiviti & Komuniti

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2012

PUTRAJAYA – Syawal masih terus diraikan dengan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2012 diadakan pada 14 September (Jumaat) bertempat di Dataran 1Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1).

Majlis tersebut dianjurkan bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Putrajaya Presint 18 (1), Kelab Kebajikan dan Sukan Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Persiaran Tasik Putrajaya.