Berita

Program Jom 1Komuniti Pererat Hubungan Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – Para penduduk Fasa 8, Presint 9 telah mengadakan Program Jom 1Komuniti bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Ahad, 23 September yang dirasmikan oleh Datuk Haji Nordin Hasan selaku Naib Ketua, UMNO Bahagian Putrajaya.

Majlis tersebut diadakan bukan sahaja untuk meraikan sambutan Hari Raya tetapi ia juga adalah bertujuan menerapkan semangat perpaduan dalam suasana kekeluargaan yang dapat menyemai kerukunan dalam satu komuniti.