Rencana

322 Penduduk Untuk Ibadah Korban Menjelang Aidiladha

PUTRAJAYA – Menjelang Hari Raya Aidiladha, persiapan untuk mengadakan ibadah korban dilaksanakan dengan 322 penduduk akan mengambil bahagian melibatkan 46 ekor lembu pada hari raya pertama nanti.

Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa persiapan ibadah korban tersebut dilaksanakan melalui Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

“Kita minta bagi mana-mana individu yang belum membuat ibadah korban dan ingin berbuat demikian agar menghubungi PDM masing-masing untuk memastikan kelancaran persiapan dan tidak ada individu yang tertinggal dalam menerima agihan daging korban terbabit,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama anggota PDM Putrajaya.

Maklumnya, sambutan Aidiladha dilakukan dengan menyempurnakan ibadah korban yang akan dilaksanakan dalam suasana kekeluargaan dan secara bergotong-royong melibatkan para penduduk di Putrajaya.