Aktiviti & Komuniti

Majlis Restu PMR 2012 Pendorong Berdepan Peperiksaan

PUTRAJAYA – Seramai 215 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) SMK Presint 8(1) telah menerima sumbangan sebagai peransang dan sokongan untuk berdepan dengan PMR yang berlangsung dalam Majlis Restu PMR 2012 pada 5 Oktober 2012.

Majlis penyampaian sumbangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan diwakili oleh ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Puncak Puteri iaitu Haji Kalyubi, serta Encik Baharudin dari Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya di samping AJK Bahagian dan wakil-wakil Pergerakan Wanita Putrajaya.