Rencana

Takziah Allahyarham Rozi Husin

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa dan bersama-sama para penduduk sempena majlis bacaan surah Yassin dan tahlil allahyarham Rozi Husin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bunga Pakma yang kembali ke rahmatullah pada 5 Oktober lalu.

Majlis tersebut telah diadakan di Surau Al-Hidayah, Putra Harmoni Presint 9 selepas solat Isyak.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.