Rencana

Turun Padang Untuk Selami Permasalahan Rakyat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru para pemimpin masyarakat dari pelbagai lapisan agar sentiasa bersifat rendah diri serta turun padang bagi menyelami sendiri permasalahan rakyat saban hari.

Beliau yang melakukan tinjauan di Medan Selera, Presint 9 Putrajaya telah bertemu sendiri dengan para peniaga yang menjalankan aktiviti hariannya disamping turut bertanyakan khabar dan permasalahan dihadapi.

Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan rasa gembira kerana kemudahan yang ada di Medan Selera tersebut telah memberi keselesaan kepada rakyat dan para peniaga dapat menguasahakan perniagaan mereka dalam ruang yang lebih baik dan terjamin.

Jelasnya, kerajaan pusat sentiasa menumpukan usaha ke arah memberikan fasiliti terbaik kepada masyarakat dengan setiap kekurangan akan diperbetulkan dari semasa ke semasa yang tentunya dapat disalurkan oleh rakyat melalui pemimpin kawasan masing-masing.