Aktiviti & Komuniti

UMNO Siap Sedia Pertahan Putrajaya

PUTRAJAYA – Menjelang pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat, UMNO bahagian tempatan telah bersedia dalam usaha mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan tersebut berdasarkan kepada gerak kerja dan perancangan yang terurus.

Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Bahagian bersama-sama Ketua Cawangan dan Ketua PDM telah diadakan dengan dipengerusikan oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ketua UMNO Bahagian Putrajaya bagi memperhalusi perancangan dan memastikan setiap tanggungjawab yang digariskan dilaksanakan dengan lancar.

Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya pada 15 Oktober (Isnin) telah berlangsung dengan sempurna dan semua anggota terlibat memberikan kerjasama yang memberangsangkan dalam memastikan setiap agenda dapat dicapai.

Dalam kesempatan tersebut, Datuk Seri Utama Tengku Adnan turut membincangkan berkaitan persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut dengan acara korban membabitkan 45 ekor lembu.