Aktiviti & Komuniti

Rukun Tetangga Semarakkan Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA – Ketua Bahagian UMNO merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyemarakkan majlis sambutan ulang tahun ke-5 Kawasan Rukun Tetangga Fasa 8B.

Dalam ucapannya beliau menyeru anggota Rukun Tetangga untuk melakukan rondaan walaupun kebanyakan kawasan terbabit adalah apartmen tetapi ianya dapat menyumbang kepada kesejahteraan semua.

“Dengan adanya rondaan, bukan hanya keselamatan kawasan perumahan dapat dicegah daripada mana-mana individu yang berniat jahat tetapi dalam masa yang sama akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk setempat,” katanya.

Jelas beliau lagi, apabila aktiviti rondaan dijalankan pelbagai perkara buruk yang akan mencemarkan kawasan perumahan dapat dielakkan dan ia sewajarnya diaktifkan setiap masa.