Berita

Majlis Graduasi Dan Anugerah Cemerlang Suburkan Minda Pelajar

PUTRAJAYA – Pendidikan prasekolah dapat menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan selain dapat menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah dengan aktif dan cerdas.

Lantaran itu, prasekolah SK Putrajaya Presint 8(2) telah mengadakan Majlis Grasuasi dan Anugerah Cemerlang pada 22 Oktober (Isnin) bertempat di Dewan Sri Cempaka sekolah terbabit.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Datin Seri Anggraini Sentiaki iaitu isteri kepada Ahli Parlimen Putrajaya.