Aktiviti & Komuniti

Tabika & Taska Pendidikan Awal Untuk Generasi Berilmu

PUTRAJAYA – Generasi berilmu perlu diterapkan seawal usia muda dengan pendedahan kepada pembelajaran dalam pelbagai aspek termasuklah persediaan untuk berdepan dengan alam persekolahan bagi kanak-kanak.

Sehubungan itu, Majlis Mini Konvokesyen Tabika dan Taska Kemas Parlimen Putrajaya telah diadakan pada 20 Oktober (Sabtu) di Dewan Serbaguna KKLW B1, Presint 4 Putrajaya bagi meraikan para pelajar peringkat awal yang telah mengikuti sesi pembelajaran mereka tahun ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Datuk Khairudin Samad selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya serta beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian yang sentiasa menyokong dalam usaha murni kepada kanak-kanak.