Ucapan

Semaikan Pengorbanan Sempena Aidiladha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1Malaysia

Saya ingin mengambil kesempatan bagi pihak diri saya, keluarga dan semua para pegawai UMNO Bahagian Putrajaya serta Ahli jawatankuasanya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan semoga kita memahami matlamat pengorbanan dalam kehidupan kita seharian.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengingatkan kepada rakan-rakan di Putrajaya yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing pada hari perayaan ini agar dapat memastikan tempat kediaman berkunci rapi dan keselamatan harta benda berada dalam keadaan baik.

Kepada mereka yang akan memulakan pemanduan, berhati-hatilah sentiasa dengan mematuhi peraturan dan had laju yang ditetapkan. Ingatlah orang yang tersayang agar kita dapat selamat sampai ke tempat yang dituju.

We Love Putrajaya

 

Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor

Ahli Parlimen/ Ketua UMNO Bahagian Putrajaya