Berita

Tunaikan Tanggungjawab Utamakan Pendidikan Anak-anak Demi Masa Depan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berpesan kepada ketua keluarga khususnya ibu bapa agar sentiasa mengutamakan pendidikan anak-anak bermula dari peringkat awal demi masa hadapan mereka.

Katanya, para ibu bapa perlu mengambil berat soal pelajaran yang akan menjadi penentu dalam memastikan kelestarian dan kemajuan anak-anak dalam kehidupan.

“Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT yang perlu kita utamakan terutama dalam memastikan ilmu rohani dan pendidikan mental mereka mendapat pengisian sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa majlis perasmian Graduasi dan Aspirasi Tadika Putrajaya di Dewan Melati, hari ini (3 Nov 2012).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman.