Rencana

Walimatulurus Keluarga En. Marzuki

PUTRAJAYA – Kesibukan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan tidak menghalang beliau untuk bersama-sama memeriahkan majlis meraikan pengantin yang merupakan anak perempuan kepada En Marzuki dan Puan Nasimah.

Majlis yang berlangsung di Taman Warisan, Presint 16 ini turut disertai dengan kehadiran isteri beliau, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki.

Semoga pasangan mempelai memperoleh keberkatan dan bahagian hingga ke akhir hayat.