Aktiviti & Komuniti

Master Chef Suria Tonjol Kepakaran Wanita Dalam Masakan

PUTRAJAYA – Program Master Chef Suria, Cawangan Bunga Matahari mendapat sambutan amat menggalakkan khususnya dari kalangan wanita bagi menunjukkan kepakaran dalam bidang masakan dengan 11 pasukan mengambil bahagian acara menghias makanan.

Program yang berlangsung di Rumah Komuniti Jalan P9G3, Presint 9 telah dirasmikan oleh isteri kepada Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki.

Dalam ucapannya beliau telah berpesan agar golongan wanita sentiasa mengutamakan kerukunan rumahtangga dan menjadikan ‘air tangan’ dalam masakan sebagai menu utama dalam makanan seharian.