Berita

Golongan Muda Didedahkan Dengan Bahayanya Najis Dadah

PUTRAJAYA – Masyarakat khususnya golongan muda perlu didedahkan kepada bahanya musuh utama dalam masyarakat iaitu najis dadah yang akan menyumbang kepada gejala tidak sihat serta melumpuhkan pembangunan dalam negara.

Lantaran itu, golongan pelajar telah diberikan penerangan berkaitan bahayanya dadah dalam Program Pemasangan dan Penyerahan Papan Iklan Tentang Bahaya Jenayah Dadah 2012/2013 yang bertempat di SMK Agama Putrajaya pada 8 Nov 2012 (Khamis).

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Khairudin Samad selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.