Rencana

Realitikan Pemimpin Bersama Rakyat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah merealitikan pemimpin bersama rakyat apabila turun padang dan bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan yang berlangsung di sekitar kawasan terbabit.

Antaranya, beliau telah bersama-sama meraikan kehadiran keluarga baru iaitu Puteri Julyana yang menjadi suri hidup kepada Mohd Faiz selaku anak lelaki En Zahani dan Puan Mahani.

Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Balora, Jabatan Pendaftaran Negara, Presint 2 pada 18 Nov 2012.