Ucapan

Selami Tema ‘Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah’

Alhamdulillah, bersyukurlah kita kehadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nya maka kita dapat merasai tahun baru Hijrah 1434 dalam suasana aman harmoni serta berada dalam keselesaan.

Marilah kita bersama-sama perkukuhkan kesatuan dalam masyarakat dengan menghayati tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu ‘Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah’ serta mengaplikasikannya dalam kehidupan kita seharian.

Bersempena tahun baru ini,saya menyeru semua penduduk tempatan untuk sama-sama kita sematkan keazaman berpadu bersatu dan bergerak seiringan dalam usaha untuk terus melestarikan negara dengan nikmat kestabilan politik dan keamanan serta sentiasa berdoa agar kita dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran.

Tanamkanlah rasa kasih sayang dikalangan masyarakat berbilang kaum, kukuhkan perpaduan agar kita sentiasa hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman.

We Love Putrajaya

DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen/Ketua UMNO Bahagian Putrajaya