Ucapan

Jangan Terpesong Akidah Kerana Parti Politik

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Saya merasa aamat terkilan dan sedih apabila melihat senario politik sejak kebelakangan ini khususnya gelagat parti PAS kerana taktik mereka mempergunakan agama telah meresap dikalangan orang Melayu sehinggakan mereka yang cetek ilmu agama melihat parti PAS sama seperti menilai Islam.

Oleh kerana kecetekan fahaman Islam maka terdapat segelintir masyarakat yang mula yakin dan percaya jika mereka menolak PAS seperti mereka menolak islam.

Sesungguhnya, ini adalah satu ajaran politik agama yang sesat dan boleh memesongkan akidah kita. Lantaran itu, kita hanya boleh berdoa dengan Allah SWT supaya mereka yang taksub kepada PAS ini balik ke pangkal jalan dan jangan terus bersikap angkuh hati.

Fahamilah, Islam adalah cara hidup Ad-din yang merupakan jalan kehidupan yang telah diwahyukan Alla SWT kepada para Nabi sehingga Nabi terakhir Muhamad SAW diutus untuk umat manusia lebih 1,400 tahun dahulu.

Oleh itu, Islam tidak perlu kepada PAS dan Islam itu adalah ajaran yang diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW dengan dikekalkan ajarannya dalam sebuah kita Al-Quran.

Adalah tidak wajar jika kita samakan Islam dengan PAS dan sebagai seorang mukmin menerima PAS tidak pernah menjadi syarat sah sebagai penganut Islam.

Jangan terpesong AKIDAH – Nauzubillah

Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor
Ahli Parlimen/Ketua UMNO Bahagian