Aktiviti & Komuniti

Aktifkan PDM Untuk Terus Pertahan Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO tempatan diminta untuk terus mengaktifkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) semua semua ketua-ketua PDM membuat persediaan rapi bagi menghadapai Pilihan Raya Umum (PRU) yang bakal diadakan bila-bila masa dengan memastikan setiap individu dalam kawasan masing-masing dikenal pasti dan berdaftar sebagai pengundi.

Penyelarasan dan penambahbaikan hasil daripada idea setiap anggota ketua PDM saling dikongsi dalam mesyuarat yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya pada 20 Nov 2012 (Selasa) dengan dipengerusikan oleh Datuk Khairudin Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.