Rencana

Semarakkan Assyura Dengan Penghayatan dan Amalan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat Islam untuk menghayati kedatangan 10 Muharram yang merupakan antara tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu hari Assyura dengan merebut peluang untuk melaksanakan amalan yang disunatkan.

Katanya, ramai individu dalam masyarakat kita hari ini terlupa dengan peristiwa bersejarah dalam kalender Islam, 10 muharam.

“Antaranya ialah pada hari itu Nabi Yunus keluar dari perut ikan noon selama 40 hari setelah Allah swt perintahkan ikan tersebut menelan Nabi Yunus,” katanya.

Persoalannya kenapa Allah SWT perintahkan ikan tersebut enelan Nabi Yunus dan jawabnya adalah kerana Nabi Yunus telah memohon dengan Allah SWT supaya kaumnya dimusnahkan kerana tidak sanggup lagi melihat kejahilan kaumnya.

“Jika seorang nabi berdoa dan Allah SWT sedemikian maka telah dihukum Nabi tersebut selama 40 hari sehinggalah Nabi Yunus berdoa memohon ampun dengan Allah SWT walhal Nabi adalah maksum. Ini adalah untuk tunjukkan bahawa jangan berdoa untuk kemusnahan orang lain tetapi malangnya hari ini orang-orang Pas berani memohon untuk orang lain dimusnahkan.

“Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT memberi hidayah kepada orang-orang Pas dan janganlah mereka terpesong atau memesongkan aqidah kita sesama Islam. Wallahu ahlam.”