Rencana

Malam Perpaduan 1Malaysia Lestarikan Kesatuan Dalam Kepelbagaian

PUTRAJAYA – Permuafakatan masyarakat pelbagai kaum direalitikan dalam Majlis Malam Perpaduan 1Malaysia Sempena Hari Deepavali yang berlangsung di Dewan Utama Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya pada 24 Nov 2012 (Sabtu).

Majlis tersebut telah dikunjungi oleh masyarakat pelbagai kaum yang bersama-sama meraikan sambutan Deepavali bersama masyarakat India.