Berita

Aplikasi Permuafakatan Dalam Sambutan Hari Assura

PUTRAJAYA – Empat Pusat Daerah Mengundi (PDM) membuktikan permuafakatan yang tinggi dengan meraikan sambutan hari Assura secara serentak yang bermula seawal jam 6.00 pagi di PDM Puncak Puteri yang kemudiannya turut berlangsung di PDM Taman Warisan, PDM Taman Saujana Hijau dan PDM Metropolitan.

Acara memasak bubur assura yang berlangsung dengan kaedah kerjasama membabitkan para penduduk tempatan bukan saja dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk tetapi dalam masa yang sama mengimarahkan hari kebesaran dalam Islam.

Melalui sambutan yang dibuat, bubur assura yang telah siap dimasak telah diagih-agihkan kepada para penduduk termasuklah ke blok-blok penempatan masyarakat.

Menariknya, Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor turut sama meluangkan masa dengan mengunjugi lokasi memasak bubur assura selain bersama-sama dalam program gotong-royong tersebut.

Beliau turut menjamu selera dengan penduduk tempatan di PDM Taman Metropiltan serta melakukan solat Zohur secara berjemaah serta berkesempatan meninjau suaru yang memerlukan pembesaran ruang wuduk dan berjanji akan melaksanakan dengan segera demi keselesaan penduduk.