Rencana

Raikan Pasangan Baru Dalam Majlis Walimatul Urus

PUTRAJAYA – Pemimpin berjiwa rakyat, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa bersama masyarakat setempat termasuklah dalam majlis perkahwinan para penduduk tempatan yang berlangsung disekitar Putrajaya iaitu pasangan Azizahani As’arry dan Mohd Shatir Mohd Radzi yang berlangsung di Fasa 4C Presint 8 pada 8 Dis 2012 (Sabtu).

Pada 9 Dis 2012 (Ahad) beliau turut meluangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan En Sabikes iaitu Sharidah dan pasangannya Mohd Maznan di Dewan Sri Seroja Presint 15.

Semoga dengan termatrinya ikatan perkahwinan ini, pasangan mempelai akan beroleh keberkatan dan dirahmati-Nya hingga ke akhir hayat.