Berita

Cawangan Bunga Jasmine Serap Semangat Perjuangan UMNO

PUTRAJAYA – UMNO telah terbukti sebagai sebuah parti poltik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Lantaran itu, semangat perjuangan tersebut diserap dalam penubuhan Cawangan Bunga Jasmine yang berlangsung pada 12 Disember 2012 (Rabu).

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Khairudin Samat selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ketua Penerangan UMNO bahagian terbabit di Bilik Komuniti Block 1C Fasa 1, Presint 9. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa bahagian, anggota sayap empat peringkat dan ahli-ahlinya.