Berita

Mendekati Rakyat Dalam Majlis Dialog

PUTRAJAYA – Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr. Aseh Hj. Che Mat telah menyelami permasalahan rakyat khususnya warga tempatan melalui sesi dialog yang berlangsung dalam Majlis Perjumpaan Wakil Penduduk di Pusat Maritim, Presint 5, di sini.

Majlis yang berlangsung pada 12 Disember 2012 (Rabu) telah dapat menyampaikan hasrat penduduk selain perkongsian idea bagi memastikan pentadiran dan kelangsungan Putrajaya sebagai bandar termoden terus berjaya.

Sebagai pemimpin berjiwa rakyat, Tan Sri Dr. Aseh Hj Che Mat juga berjanji untuk terus memantapkan pentadbiran dan sentiasa mendengar permasalahan masyarakat tempatan.