Berita

Menyelami Kemelaratan Gaza Dengan Memperkukuh UMNO

PUTRAJAYA – Kemelaratan dan kesengsaraan saudara Islam di Gaza menjadi tauladan dan azimat kepada rakyat khususnya dalam menyematkan semangat jihad bagi memastikan kelangsungan agama, bangsa dan negara terus bersemarak yang mana ia dimanifestasikan dalam ceramah agama sempena kempeng ‘Sokong Gaza’.

Ceramah yang dianjurkan oleh Cawangan Bunga Ixora dengan kerjasama Surau Al-Ittifiqiyah, Jalan P8E/4, Presint 8 telah berlangsung dengan sesi ceramah disampaikan oleh Ustad Mohd Gunawan Che Ab Aziz Penasihat Agama Jabatan Perdana Menteri.

Semoga dengan sesi ceramah tersebut, keinsafan dan kesykuran dipanjatkan dengan semangat perjuangan semakin teguh bagi memastikan UMNO terus mendukung perjuangan Islam, bangsa Melayu dan tanah air tercinta ini.