Berita

Program ‘Back To School’ Ceriakan Pelajar Untuk Sesi 2013

PUTRAJAYA – Menjelangnya musim persekolahan sesi 2013, Yayasan Wilayah Persekutuan telah memberikan bantuan persekolahan kepada para pelajar di sekitar kawasan terbabit termasuklah Putrajaya berupa alat tulis, beg sekolah dan barangan keperluan persekolahan.

Majlis yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan pada 20 Disember 2012 (Khamis).