Berita

Pemimpin Bersama Masyarakat Tempatan Di Surau Al-Falah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama para penduduk tempatan di Surau Al-Falah, Fasa 3A Presint 9 hari ini (Isnin) di samping meluangkan masa bersama-sama para jemaah dan bertanya khabar masyarakat tempatan.

Dalam kesempatan tersebut beliau turut mengambil berat berkaitan perkembangan tambahan surau terbabit berikutan penambahbaikan dan pembesaran yang telah dululuskan bagi keselesaan para penduduk tempatan.