Berita

Perayaan Ponggal 1M’sia Terap Rasa Saling Hormat Antara Kaum

PUTRAJAYA – Masyarakat Malaysia perlu berbangga kerana Negara ini kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi yang menjadi keunikan utamanya dengan menerapkan kesatuan dalam kepelbagaian termasuklah meraikan Ponggal 1Malaysia.

Majlis perayaannya bagi peringkat Putrajaya telah diadakan di Dewan Serbaguna Presint 8 dengan dimeriahkan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor pada 19 Jan 2013 (Sabtu).

Katanya, kesejahteraan rakyat Malaysia diinspirasikan melalui kerjasama, tolak ansur dan kesepakatan dalam pelbagai kaum yang berbeza agama, adat resam dan kebudayaan.

“Rasa hormat dan semangat saling memahami antara satu sama lain menjadi kunci utama kepada perpaduan yang selama ini telah terpatri,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah isteri beliau, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki bersama masyarakat Hindu dan warga Putrajaya yang pelbagai kaum.