Berita

Bantuan Persekolahan RM100 Bukti Keprihatinan Kerajaan

PUTRAJAYA – Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, turut dilaksanakan dengan pengagihannya disampaikan sendiri oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ahli Parlimen.

Majlis penyampaian bantuan terbabit diadakan di Sekolah SMK Presint 9 (2) pada 19 Jan 2013 (Sabtu) dengan kehadiran para pelajar yang bakal menerimanya bersama-sama ibu bapa mereka.

“Semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka yang bersekolah.”
Jelasnya, inilah antara bukti kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat khususnya dalam berdepan perbelanjaan harian.